ok...da lme x dgr cter pasal peragot...tbe2 tyme g library terdgr berite psl peragoot kat tv3...mati? PADAN MUKE..siket pon ak x heran..nyusahkan mak bapak...bangse agame dan negare.je.. so pade sesiape yg ade niat nak meragot ni...lupe2kan lahye,,,jom kite imbas kesah smalam....
AMPANG JAYA: Walaupun kesakitan dan terjatuh ditendang dua peragut  bermotosikal yang melarikan beg tangannya, seorang arkitek wanita nekad  bangun dan mengejar mereka sebelum bertembung semula di satu  persimpangan menyebabkan salah seorang peragut mati, manakala rakannya  cedera parah, pagi semalam.  
        
     Dalam kejadian yang berlaku kira-kira 200 meter dari rumah mangsa di  Taman Mega Jaya di sini, jam 8.40 pagi, kedua-dua penjenayah warga  Indonesia terjatuh ke dalam longkang selepas motosikal dinaiki mereka  merempuh kereta mangsa. 
  | 
ANGGOTA polis memeriksa mayat  salah  seorang suspek kes ragut yang terbunuh selepas merempuh kereta  mangsa di Ampang Jaya, semalam. Rakan suspek parah tercampak ke longkang selepas bertembung mangsa |   |   |          | 
 Penunggang motosikal berusia 34 tahun itu mati di tempat kejadian, manakala rakannya berusia 25 tahun cedera parah di kepala. 
Kejadian itu berlaku apabila mangsa berusia 28 tahun yang  menggunakan kereta Toyota Vios keluar rumah dan meninggalkan kereta di  hadapan kediamannya untuk menutup pagar apabila beg tangannya yang  ditinggalkan di tempat duduk hadapan kereta cuba dilarikan dua suspek  menaiki sebuah motosikal. 
Mangsa yang melihat kejadian itu terus menerkam ke arah peragut  dan cuba merampas beg tangannya apabila dia ditendang di perut hingga  terjatuh sebelum bangun semula dan mengejar mereka dengan keretanya. 
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin  Jamaluddin, berkata apabila tiba di Jalan Mega berhampiran simpang ke  Jalan Mega 7, mangsa memberhentikan kereta Toyota Vios dipandunya sebaik  terserempak dengan suspek yang datang dari arah menuruni bukit.     
“Suspek yang panik gagal mengawal motosikal lalu merempuh kereta  mangsa, menyebabkan kedua-duanya tercampak ke dalam longkang dengan  penunggang mati di tempat kejadian, manakala rakannya yang membonceng,  cedera parah di kepala. 
“Suspek yang cedera kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU)  Hospital Ampang. Mangsa tidak cedera namun trauma,” katanya ketika  ditemui di tempat kejadian. 
Amiruddin berkata, pemeriksaan mendapati suspek menggunakan  motosikal curi, namun tiada sebarang senjata ditemui di tempat kejadian  dan siasatan juga sedang dijalankan bagi mengenal pasti sama ada mereka  mempunyai rekod jenayah. 
end of story....skunk ni bhye ..nk wat seswatu kne pk..ritu...nasha aziz .norlia ghani .kne rompak..sorg lg ..lupe name...aaa ery putra...(artis je aku taw ) ilang kete...konklusinye...pndai2 klah anda mnjage dri masing2 ye......lupe nk cakap..ak respek lah kat POMPAN NI..heeee